Pada bulan Disember ini, saya akan jalankan program SmartStudy Memori Skills . Program ini akan dijalankan di 4 lokasi iaitu
- Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai, KL (Ahad, 5 Disember 2010)
- Kolej Komuniti Pasir Gudang, (Sabtu, 11 Disember 2010)
- Universiti Islam Antarabangsa Gombak (Sabtu, 18 Disember 2010)
- Kompleks Kejiranan Putrajaya Precint 16 (Ahad, 19 Disember 2010)
Di dalam program ini, pelajar akan dapat menguasai beberapa teknik penting berkaitan memori iaitu
- Bahasa memori
- Akronim
- Akrostik
- Audionim
- Cerita Kreatif
- Chunking
- Nombor Ceria
Saya amat menggalakkan anda yang berminat untuk melayari laman webwww.SmartStudy.com.my yang telah saya isi dengan isi kandungan yang baru. Di sana anda akan mendapat gambaran mengapa pelajar-pelajar program Have Fun With SmartStudy memberi komen ini selepas mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsikan di dalam program. “Program ini bagaikan menyuntik kembali semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Sesuatu yang sangat manis untuk saya kenang. Selepas kali pertama menghadiri program ini, saya berjaya mengubah diri menjadi pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Saya Berjaya berubah diri dari seorang yang ‘tiada apa-apa’ kepada seorang yang paling cemerlang. Pastinya ia sesuatu yang membanggakan! Terima kasih En. Osman Affan!- Nadia binti Hj Puri, Universiti Darul Iman.
Pelajar MRSM Kota Putra, Besut. |
“Program ini amat menyeronokkan. Selama ini saya tidak berminat untuk mendengar ceramah tetapi bersama En.Osman saya berasa begitu berminat dan bersemangat. Program ini telah banyak memberikan motivasi kepada saya. Lastly, I want to say this program is very exciting! Congratulation.”- Natrah bt Malek.
“Saya berasa sungguh seronok dan enjoy serta selesa bersama Cikgu Osman. Ini kali pertama saya berasa bersemangat mendengar motivasi. Cikgu Osman sungguh sporting dan baik. Diakhir kem ini, saya merasakan sesuatu semangat yang berkobar-kobar di dalam diri saya selepas bersama dengan Cikgu Osman. Terima kasih tidak terkira daripada saya.”- Muhammad Fareez b Che Kadir. “Happy dan terhibur. Tidak rasa bosan dan boleh menerima dengan baik, congratulations!! Pendekatan dengan pelajar amat bagus, kita semua dapat belajar dan tumpu perhatian tanpa rasa sangsi. Thanks for everything.”- Siti Nur Izzati bt Chik |
Mahasiswa Mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Johor |
“En Osman amat pandai memotivasi semua pelajar. Saya pernah mengikuti banyak kursus motivasi tetapi ini adalah yang paling best, menyeronokkan, membina dan telah membuka minda dengan berfikiran lebih jauh. Walaupun kebiasaannya program motivasi membosankan tetapi En Osman amat berjaya dalam program ini. Tahniah dan terima kasih.” ~Muhammad Sofwan Che Alhadi~ “En Osman pandai menarik perhatian audience sekaligus memberi impak yang amat besar kepada mereka kerana biasanya penceramah tidak mempunyai kebolehan seperti beliau. Saya amat berpuas hati sepanjang 3 hari ini. Terima kasih dan good luck for your future.” ~Anas Abdul Halim~ “Saya sukakan program ini kerana dapat memberikan saya banyak maklumat berkaitan pelajaran. Sebelum ini saya pernah didedahkan dengan teknik sebegini tetapi pada hari ini saya lebih yakin dan faham penggunaan yang disampaikan.” ~Nurhidayah Md Isa~ |
Layari laman web www.SmartStudy.com.my untuk maklumat lanjut dan juga untuk mendaftar kerana tempat adalah TERHAD. Seperti biasa, antara yang bakal diperolehi oleh peserta apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham
Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains
Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.
Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.
Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.
5893548217653764781474882597463444037071
Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah. |
(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)